Bismillah, dengan nama Allah.
Semoga apa yang aku tulis ni bermanfaat. Mungkin tujuan sebenar untuk aku menulis di blog ini adalah untuk mengasah bakat menulis aku dalam bidang dakwah. Tapi aku harap aku dapat selalu memperbaharui niat, menulis kerana Allah. Bukan dalam menulis sahaja, tetapi dalam seluruh aspek kehidupan.
Baru-baru ni aku rasa tertekan sangat. Aku gagal menstabilkan emosi. Aku rasa tertekan sebab tak tahan melayani manusia di sekeliling aku. Aku cuba jadi yang terbaik untuk melayani mereka yang memerlukan aku. Aku ramai mad'u kerana aku juga adalah seorang murobiyyah.
Dulu aku pernah rasa nak keluar dari jalan ni. Alhamdulillah aku tak keluar-keluar dari jalan ni. Kalau aku pergi, aku takkan jadi lebih baik daripada aku sedang berada dalam jalan menuju redha Allah ni. Aku tak stress dengan pelajaran tapi aku tertekan dengan perangai manusia yang berbagai. Aku jenis yang suka duduk sendiri. Malas nak layan hal orang. Itu aku. Tapi bila dah jadi 'mak usrah' sekaligus senior untuk para mad'u, aku sedar yang aku tak boleh duduk goyang kaki, tutup telinga dari mendengar segala hal orang lain. Aku tak boleh terus berada dalam 'dunia sendiri'. Aku cuba dan aku tertekan. Aku cuba lagi dan aku tersungkur dengan tersimbahnya air mata keluar. Aku selalu jatuh mungkin sebab hubungan aku dengan Allah tu tak kuat. Aku melayani manusia tetapi aku kurang berhubung dengan Allah. Aku puaskan hati manusia tapi aku remehkan ibadah aku kepada Allah. Bila aku rasa tertekan, aku rasa yang aku jauh dari Allah, sedangkan Allah tak pernah menjauh dari aku.
Setiap hari telan pahitnya perangai manusia kala waktu berkumpul bersama. Terpaksa bersabar, melupakan segala keburukan orang lain terhadap aku, melayani yang muda yang manja, yang kurang sopan, yang banyak omongnya, yang besar amarahnya, yang kuat guraunya. Kalau Allah tak bagi kekuatan, aku dah jadi teladan yang buruk untuk umat ni. Allah masih sayang aku.
Aku tahu, kehidupan yang aku keluhkan ini adalah sebuah nikmat untuk orang lain. Aku duduk dalam lingkungan solehah, setiap setelah isyak ada tazkirah, baca matsurat 2 kali sehari berjamaah, hampir 5 fardhu berjamaah. Apa lagi yang kau nak Ika? Kenapa susah sangat kau nak hargai akhawat-akhawat kau?
Kau ingat puisi KUBACA FIRMAN PERSAUDARAAN? Waktu ukhuwwah tu terasa pahit, mungkin sebab iman dia yang jatuh. Tetapi akibat semua itu adalah terlebih sering kerana iman kau sendiri yang sentiasa jatuh walaupun setiap hari diingatkan agar tetap menjaga imanmu agar tidak mempengaruhi ketidakberkesannya dakwah di medan mu.
7.42 am surabaya
No comments:
Post a Comment