Sunday, 19 April 2015

Mana Pergi 'Terima Kasih'?

Selalunya, kita nak buat baik dengan ikhlas. Pada mulanya, semuanya ingin diniatkan kerana untuk beribadah. Tetapi terkadang sedang kita berbuat kebaikan itu, seperti tolong orang, menginfakkan harta dan tenaga, atau ingin membuat orang gembira dengan meringankan beban mereka maupun belanja mereka makan, kita ingin penghargaan dari mereka sebagai balasan. Tetapi bila mereka tidak menghargai apa yang telah kita lakukan, kita rasa seolah-olah apa yang telah kita susah-susah lakukan untuk mereka itu sia-sia. Di situlah letaknya kenapa kita selalu malas nak berbuat kebaikan. Rasulullah cakap, jangan remehkan untuk berbuat kebaikan meskipun untuk senyum dihadapan saudara kita. Itu yang aku belajar baru-baru ni atas apa yang dah jadi. Alhamdulillah. Jadi, aku kena terus buat baik, walaupun orang ingat aku poyo. Walaupun orang tak pernah cakap terima kasih. Walaupun orang ingat aku syok sendiri. Allah nampak. Yang penting aku tau apa aku buat tu betul dan tak mendatangkan kemudaratan kepada agama dan tarbiyah aku.

No comments:

Post a Comment